Backgrounds & Heart Backgrounds
-->

Saturday, 24 September 2011

rAhs!a aYaTuL kUrSi



5 RAHSIA AYATUL KURSI
Siapa-siapa membaca Ayatul Kursi sebanyak 170 kali, tidak ia :
Ø  Menuntut sesuatu darjat yang mulia dalam kehidupannya di dunia dan akhirat melainkan diperolehi.
Ø  Meminta rezeki yang halal, mudah dan lapang melainkan mendapat.
Ø  Membayar hutang-piutang walau banyak seperti gunung sekalipun melainkan didorongkan sebab hingga terjelas hutang-piutangnya.
Ø  Jika dikepung oleh musuh, atau orang jahat atau binatang buas melainkan dilepas-ia dari kepungan itu.
Ø  Jika musuh benar-benar menyakiti, menganiaya, menyusah dan membuat fitnah. Apabila ingat dihati musuh itu hendak dimusnahkan, melainkan dikabulkan Allah dan musnahlah musuh itu. 

KHASIAT AYATUL KURSI
Ø  Ayatul Kursi apabila dibacakan lepas sembahyang fardu diampunkan dosanya dari satu waktu ke satu waktu dan dihapuskan kejahatan.
Ø  Apabila dibacakan tatkala hendak tidur terdinding dari kejahatan hantu syaitan dan terpelihara dari angkara-angkaranya.
Ø  Apabila dibacakan sedang ia marah kemudian diludahkan sebelah kiri, padam kemarahannya dan terhenti.
Ø  Siapa-siapa berdoa dengan Ayatul Kursi dikabulkan doanya  dan didorong kepada kebajikan.
Ø  Mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat diutama dan dikasihi sekalian makhluk, tertegah dari maksiat
Ø  Terangkat dukacita dan ancaman di atas dirinya.
Ø  Menolak perseteruan dan kebencian.
Ø  Murah rezeki dengan tidak terkira-kira.

CAHAYA AYATUL KURSI
Pada malam Meraj, Rasulullah s.a.w. terlihat tiga jenis cahaya di Lauhul Mahfuz berasing-asingan di tiga penjuru.
Rasulullah s.a.w. bertanya apakah cahaya itu, di jawab:
(1)    Yang pertama itulah dia kedudukan cahaya Ayatul Kursi.
(2)    Yang kedua itulah dia kedudukan cahaya surah Yassin.
(3)     Yang ketiga itulah dia kedudukan cahaya Qul-huallah-U-Ahad.
Bertanya Rasulullah s.a.w. apakah ganjaran Ayatul Kursi itu?di jawab, dialah mengandungi sifat-sifat Tuhan, siapa-siapa membacanya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Quran.
Ertinya:  Muka di hari akhirat penuh berseri kepada Tuhannya ia melihat.

KANDUNGAN AYATUL KURSI
Ayatul Kursi mengandungi 16 fasal, tersusun dari 50 perkataan, dirangkai dengan huruf sebanyak 170 huruf, bilangan ini adalah bilangan yang terpilih- siapa mengekalkan membaca Ayat Kursi sebanyak bilangan tersebut-tidak ada suatu yang dituntut olehnya melainkan berhasil, merangsang jiwa, digerun dan dihormati. Tidak siapa yang boleh menyusahkan sama ada dengan perbuatan atau perkataan.

MEMPELAJARI AYATUL KURSI
Terdapat dalam tafsir Bahrul-ulum, menyatakan:-
Rasulullah s.a.w. bersumpah dengan kebesaran nama Allah dan kudrat kuasanya telah bersabda siapa-siapa mempelajari Ayatul Kursi dan mengetahui benar-benar akan hak ayat itu, Allah s.w.t. akan membukakan lapan pintu syurga baginya dipersilakan ia masuk di mana-mana pintu yang dipilih olehnya sendiri.

AMALAN AYATUL KURSI
Ibnu-Dharis menceritakan katanya :-
Seorang sahabat  telah meninggal dunia, setelah dikebumikan pada malamnya, saudara bagi mayat itu telah bermimpi dan melihat mayat di dalam kuburnya.
Dia bertanya : Apakah amalan yang terlebih baik bagi mu?
Jawab mayat : Sebaik-baik amalan bagiku ialah membaca Al-Quran
Di tanya lagi : Apakah ayat yang terlebih Afdhal di dalam Al-Quran?
Jawab mayat : Ayatul-Kursi
 Tanya lagi : Apakah engkau berkehendak sesuatu daripada kami?
Jawab mayat : Aku tidak berkehendak apa-apa selagi Ayatul Kursi menjadi amalanku..

my pwen